Diet Ahli Sufi (UUM Press)
Diet Ahli Sufi membincangkan dan membongkar tatacara pengambilan makanan yang dipraktikkan oleh golongan sufi. Pengambilan makanan yang tepat penting kerana pengaruhnya yang cukup besar terhadap akhlak dan perkembangan kerohanian. Definisi makanan mencakupi bidang yang sangat luas termasuklah penggunaan dan pemakaian sesuatu peralatan atau bahan untuk memenuhi keperluan seharian. Oleh itu, setiap sesuatu yang diambil sama ada untuk dimasukkan ke dalam perut atau mengambil manfaat mesti memenuhi tuntutan syarak yang murni. Teladan yang ditunjukkan oleh ahli sufi wajar diketahui umum agar semua boleh mengamalkannya. Semoga amalan baik yang diteladani oleh ahli sufi akan menjadi panduan dan ikutan berguna kepada semua peringkat lapisan masyarakat.